Selasa, 4 Oktober 2011

Lagi sekali haus

Dik, abang baru balik dari sebuah syarikat perkapalan yang agak masyhur di tengah bandar Kuala Lumpur. Tak perlulah abang perincikan tujuan abang ke sana tadi, dan eloklah kalau adik hanya tahu yang abang ke sana dengan tujuan berjumpa client. Abang dekat situ tak lama. Lepas abang borak borak kosong dengan seorang pekerja di situ, bertanya khabar dan banyak ke makan lemang raya hari tu, abang terus pecut turun dari tingkat 27 untuk ke motorsikal yang abang letakkan di bahagian bawah tanah. Abang turun ke tempat motorsikal tu menggunakan lif yang disediakan memandangkan abang belum berani lagi untuk terus buat lompatan Bungee dari tingkat atas ke tingkat bawah.

Tengah abang sedap berdiri seorang diri di dalam lif tu dik, lif tu tiba-tiba berhenti di tingkat 15. Nak dijadikan cerita, masuklah seorang pak cik yang berpakaian kemas juga dengan niat untuk turun ke tingkat bawah. Gaya pak cik tu memang nampak elegan, dan abang anggarkan harga pakaian dari hujung rambut ke hujung kaki mungkin mencecah ke RM1000. Bukan calang-calang gaya pak cik tu. Berpangkat besar gamaknya.

Macam biasa, kalau pak cik tu masuk ke dalam lif, dia mesti akan memandang abang. Sama jugalah dengan abang yang secara automatik turut bertentang mata dengan pak cik tu. Tanpa ada niat homoseks sikitpun, abang terus senyum dekat pak cik tu. Dan secara automatik juga, pak cik tu terus memalingkan muka tanpa membalas senyuman yang abang berikan. Punyalah malu abang waktu tu, dik.

Apa dosa abang dekat pak cik tu pun abang tak tahu. Tak pasal-pasal abang nak kena cover line senyum abang tu dengan menggerakkan lidah abang ni seolah-olah sedang membersihkan gigi depan abang yang sebelah atas. Macam setan betul perangai pak cik tu. Susah sangat ke nak senyum balik, dik? Besar sangat ke pangkat dia? Pergi kerja naik helikopter ke sampai tak boleh nak senyum balik?

Abang bukan paksa untuk terapkan budaya senyum ni, dik. Tapi senyum ni bukan susah mana pun. Sampai bila nak kolot macam ni? Sampai bila abang nak kena tahan geram dalam lif?

Iblis!

3 komen:

Cik Ashien@ce berkata...

sabar ya pak. haha!

Uncle H berkata...

baiklah makcik.

Cik Ashien@ce berkata...

senyum pd yg senyum kat awk je. ^_^