Jumaat, 14 Oktober 2011

Mat khemah

Dalam pada aku ke sana ke mari, dari utara ke selatan, dari timur ke barat, dari puncak bukit ke tanah rata, dari bangunan bertingkat-tingkat ke bawah tanah, dari dalam ke luar negara, dari sedap penghawa dingin pejabat ke belakang peti ais restoran mamak, dari atas motor hinga berjalan kaki berpeluh-peluh, semata-mata untuk mencari rezeki, aku lupa yang dulu aku adalah seorang mat khemah.

Kalau dulu, pantang cuti sikit, ada je hutan yang akan aku terjah. Cakap je mana, Taman Negara Jerantut, Berkelah, Kanching, Ulu Yam, Sungai Sendat, Rimba Komanwel, Templer, Janda Baik, Janda 3gp, Papa Jahat, Eco Resort, Bukit Botak, Lagong, Sungai Pisang, Bukit Tabuh, semua aku dah redah. Dan yang paling seronok sekali ialah pergi tanpa dirancang, pergi dengan keyakinan ilmu hutan penuh di dada. Bangun bangun tidur je terus dress up masuk hutan. Kadang kadang tu korum ada 2 kaki je, itupun boleh jadi. Semangat hutan tu memang berkobar-kobar dalam diri.

Tapi, semenjak masuk era korporat ni, semua semangat tu dah hilang begitu sahaja. Sampaikan lupa, macam mana bunyi deras sungai, sampai lupa bunyi unggas dan cengkerik, sampai lupa macam mana nak pegang parang, lupa pasal ikatan sampul manok, lupa macam mana nak rendam beras dalam sungai, lupa macam mana nak buat unggun api, lupa pasal belerang, lupa pasal serai wangi, lupa pasal mastin, lupa pasal poco, lupa pasal lampu survivor, lupa pasal cari kayu api dan berbagai-bagai lagi.

Dengan itu, dalam masa yang terdekat ni aku ingat nak pergi masuk hutan. Apa nak jadi, jadilah.

2 komen:

Cik Ashien@ce berkata...

hutan mane nak redah tu ?

Tanpa Nama berkata...

hutan lipur sungai pisang rasanya kot..