2 malam yang lepas, aku gilebab punya runsing. Runsing yang betul-betul runsing. Masa depan waktu tu memang dah tak nampak apa. Gaya berjalan pun dah nampak tak bermaya, longlai. Dah lama dah aku tak runsing macam tu. Kali terakhir pun aku rasa waktu darjah lima dulu.
Alhamdulillah, semua selesai dengan jayanya. Terima kasih kepada mereka yang ada berdoa untuk aku.
Lagi satu, minggu depan hari isnin aku kena pergi lapor diri dekat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Jerantut. Nak kena membantu siasatan pasal kes mencuri 8 tahun yang lepas. Kes dah lama, tapi disebabkan pihak polis tak dapat mengesan aku, jadi kes ni dah tertangguh. Berdebar jugak nak berdepan dengan pihak polis ni wei. Setakat kutuk polis dekat kedai makan tu, memang berapi-rapi. Tapi bila polis cakap nak jumpa, tahu pulak goyang. Tahu pulak tak boleh tidur malam.
Harap-harap aku tak kena tahan reman dekat situ.
4 komen:
weh.apa cer? apa cer?
8 thn? oh em ji knp lame naw polis nk jejak kekasihan?
podahhhhh laaaa...kau jumpa pak mertua kau kt jerantut..
cuak pulak kite bace...
Catat Ulasan